Setiausaha Sekretariat Selamatkan Harta Kolej Islam Malaysia, Dr Firdaus Ahmad Azzam hadir pada perbicaraan tuntutan serta senarai harta wakaf milik KIM di Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 JUN 2025.

SHAH ALAM – Pihak defendan kes aset wakaf milik Kolej Islam Malaya (KIM) hari ini mengemukakan surat pemakluman kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini susulan kenyataan dan sidang media dibuat Persatuan Bekas Siswa Kolej Islam Malaya Selangor (PBSKIM) baru-baru ini.

Peguam mewakili defendan, Mohaji Selamat mengemukakan surat tersebut pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.

Katanya, surat tersebut untuk menyatakan tindakan plaintif sebagai subjudis.

Bagaimanapun, pihak plaintif yang diwakili oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla memohon untuk meneliti surat berkenaan.

Hakim, Datuk Khadijah Idris yang bersetuju untuk surat tersebut diteliti pihak plaintif dalam masa yang sama menyarankan supaya kedua-dua pihak berbincang dan menyelesaikan pertikaian mengenai sidang media itu dengan baik.

Terdahulu defendan yang dinamakan dalam kes itu adalah Lembaga Pemegang Amanah Kolej Islam Malaysia (LAKIM); Lembaga Pengelola Universiti Islam Malaysia (UIM); UIM Sdn Bhd dan Abdul Ghani Abdul Aziz.

Manakala pihak plaintif yang dinamakan adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); Majlis Kolej Islam Malaysia dan Setiausaha Persatuan Bekas Siswa Kolej Islam Malaya Selangor (PBSKIMS) Dr Firdaus Ahmad Azzam.

Sebagai rekod, Firdaus pada sidang media Jumaat lalu mendakwa aset wakaf milik KIM yang dianggarkan bernilai hampir RM10 bilion telah disalahgunakan termasuk dilaburkan ke dalam saham syarikat perjudian dan nombor ekor.

Beliau yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa Selamatkan Harta KIM turut mendakwa nilai keseluruhan aset itu dikatakan melebihi skandal 1MDB.

Firdaus ketika itu mempersoalkan bagaimana kolej Islam yang sepatutnya berkembang sebagai universiti Islam akhirnya diserap ke dalam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tambahnya, aset-asetnya kini dikendalikan oleh Lembaga Amanah Kolej Islam Malaya (LAKIM).

Selain itu, wanita tersebut menyatakan kebimbangannya terhadap gangguan yang berlaku ketika siasatan sedang dijalankan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast