Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 61 dan 75 tahun dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani selama enam hari bermula hari ini sehingga 23 Jun.

MELAKA – Pengerusi dan setiausaha sebuah persatuan kuil di negeri ini direman enam hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas disyaki menyeleweng wang pertubuhan itu bernilai RM50,000 tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 61 dan 75 tahun bagi dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani bermula hari ini sehingga 23 Jun bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan pada pukul 11.45 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.

Individu terbabit dipercayai telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya dengan mengeluarkan wang persatuan berjumlah RM50,000 tanpa kelulusan atau pembentangan dalam mesyuarat.

Difahamkan wang itu juga digunakan untuk tujuan peribadi mereka pada tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast