Insiden bermula apabila Dr Vyas meminta kru kabin membawa beg tangan miliknya yang ditinggalkan berhampiran barisan hadapan ke tempat duduknya di 20F.

INDIA – Isu beg tangan yang tidak sampai ke tempat duduknya menjadi punca kekecohan dalam sebuah penerbangan Air India Express baru-baru ini, menurut laporan NDTV.

Ia sekaligus menafikan dakwaan berlaku perebutan tempat duduk strategik seperti 11A di dalam pesawat.

Insiden kekecohan berlaku hanya beberapa hari selepas nahas tragik pesawat Air India AI 171 yang mengorbankan 241 nyawa di dalam pesawat dan 29 lagi ketika berlepas.

Menurut laporan media itu, insiden itu melibatkan seorang doktor wanita, Dr Vyas Hiral Mohanbhai, 36, yang mencetuskan huru-hara dalam pesawat apabila didakwa mengugut untuk menjatuhkan pesawat yang dalam penerbangan dari Bengaluru ke Surat, Gujarat pada Selasa lalu.

Insiden bermula apabila Vyas meminta kru kabin membawa beg tangan miliknya yang ditinggalkan berhampiran barisan hadapan ke tempat duduknya di 20F.

Namun suspek dikatakan naik angin apabila ditanya mengapa beg tersebut diletakkan di hadapan.

Ketegangan meningkat apabila suspek didakwa mengugut untuk menjatuhkan pesawat menyebabkan kru segera memaklumkan perkara tersebut kepada juruterbang.

Walaupun kru dan juruterbang berulang kali cuba menenangkannya, wanita itu enggan bekerjasama dan malah menengking penumpang lain yang cuba menenangkan keadaan.

Juruterbang kemudian menghubungi pihak keselamatan lapangan terbang dan anggota Pasukan Keselamatan Industri Pusat (CISF) yang membawa keluar wanita berkenaan dari pesawat.

Keseluruhan insiden dilaporkan berlaku antara pukul 2.45 petang hingga 5.30 petang pada 17 Jun.

Lebih mengejutkan, Vyas dikatakan terus menunjukkan tingkah laku agresif ketika dibawa ke Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda (KIA) termasuk memaki hamun dan menyerang pegawai polis.

Siasatan awal mendapati Mohanbhai bukan lagi berkhidmat sebagai doktor.

Menurut suaminya yang bekerja di sebuah institusi pendidikan di Bengaluru dan berasal dari Odisha manakala isterinya sedang dalam perjalanan ke Gujarat untuk melawat keluarga.

Suami suspek turut memaklumkan isterinya pernah terlibat dalam insiden gangguan awam sebelum ini.

Susulan kejadian, polis telah menahan dan mendakwa  Mohanbhai mengikut Seksyen 351(4) (ugut jenayah melalui komunikasi tanpa nama) dan Seksyen 353(1)(b) (kenyataan yang menyebabkan huru-hara awam) di bawah Bharatiya Nyaya Sanhita, serta Seksyen 3(1)(a) Akta Pencegahan Tindakan Tidak Sah terhadap Keselamatan Penerbangan Awam, yang melibatkan tindakan ganas dalam pesawat yang mengancam keselamatan penerbangan.

Kes kini masih dalam siasatan dan Vyas dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast