KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 akan diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, 12 hingga 13 Ogos ini.
Persidangan serantau yang bakal menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin industri, penyelidik dan masyarakat sivil dari seluruh dunia dengan satu matlamat bersama iaitu membentuk masa depan AI yang lestari, selamat dan inklusif untuk Asia Tenggara.
Kementerian Digital dalam kenyataannya hari ini berkata, acara tersebut akan berfungsi sebagai platform peringkat tinggi untuk menyelaraskan strategi nasional dan piawaian tadbir urus data, serta membuka peluang inovasi merentas sempadan.
Perbincangan akan merangkumi kedaulatan AI, inovasi, penyelarasan peraturan, infrastruktur awam digital, pembangunan bakat, dan banyak lagi.
Ia juga memainkan peranan penting dalam mengemudi masa depan AI yang menjadi pemacu utama kepada perubahan ekonomi dan sosial serantau.impin Pemikiran Global Mengambil Peranan Utama
“ASEAN AI Malaysia Summit 2025 disokong oleh kumpulan rakan strategik terkemuka, termasuk Sekretariat ASEAN, Yayasan ASEAN, EU-ASEAN, Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN, 500 Global, Alibaba Cloud, Grab, McKinsey dan Women in Tech,” katanya.
Tambah kenyataan itu, sidang kemuncak itu diianjurkan oleh Kementerian Digital dengan kerjasama Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan MyDIGITAL Corporation.
Lebih 1,500 wakil delegasi serantau dan lebih 150 peserta pameran dijangka menyertai Sidang Kemuncak ini, yang juga akan menampilkan Pameran Perdagangan AI ASEAN, sesi perbincangan peringkat menteri, forum belia, dan perkongsian eksklusif kes penggunaan AI dalam kesihatan, pendidikan, pertanian, teknologi kewangan, dan banyak lagi. -MalaysiaGazette
















