Seorang penumpang wanita maut manakala seorang daripada empat kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera selepas tercampak keluar dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi.

MELAKA – Seorang penumpang wanita maut manakala seorang daripada empat kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera selepas tercampak keluar dalam nahas di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi.

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, kejadian berlaku pada pukul 7.54 pagi tadi ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Jasin.

“Kemalangan disyaki berpunca apabila MPV berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi tengah lebuh raya dan terhenti di lorong kecemasan.

“Pelanggaran mengakibatkan seorang penumpang wanita tercampak ke lorong kiri arah utara sebelum disahkan maut di lokasi oleh pasukan paramedik.

“Nahas turut mengakibatkan seorang daripada empat kanak-kanak perempuan parah manakala tiga lagi cedera ringan selepas tercampak ke arah Utara sebelum PLUS Ronda telah mengalihkan mangsa ke bahu jalan,” katanya melalui Facebook (FB) rasmi.

Tambahnya, nahas turut mengakibatkan trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah sejauh 7.4 KM dari arah utara manakala arah Selatan sesak sejauh 9.3 KM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast