Hee Sem menziarahi pemandu yang dirawat di Hospital Jasin, Melaka, pagi tadi.

JASIN – Tayar meletup merupakan punca kenderaan dipandu terbabas di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi yang mengorbankan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Nahas yang berlaku pada pukul 7.54 pagi itu menyebabkan dua mangsa cedera parah manakala enam lagi cedera, kesemuanya dirawat di Hospital Melaka dan Hospital Jasin.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua yang parah adalah ibu dan anak perempuan kepada pemandu MPV jenis Toyota Vellfire berkenaan.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut manakala seorang daripada empat kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera selepas tercampak keluar dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki sembilan mangsa di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi.

“Nahas mengakibatkan sembilan mangsa iaitu anak perempuan pemandu berusia 13 tahun yang meninggal dunia, seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun parah dan ibunya juga dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

“Pemandu, isteri, bapa pemandu serta tiga lagi anaknya hanya mengalami cedera ringan,” katanya selepas melawat pemandu berkenaan yang dirawat di Hospital Jasin, di sini, pagi tadi.

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut manakala seorang daripada empat kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera selepas tercampak keluar dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki sembilan mangsa di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi.

Menurutnya, proses bedah siasat mangsa di Hospital Jasin dijangka selesai selepas solat Jumaat dan akan diuruskan bapanya untuk proses pengebumian.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan penumpang maut manakala seorang daripada empat kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera selepas tercampak keluar dalam nahas di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi.

Seorang remaja berusia 13 tahun maut manakala seorang daripada empat kanak-kanak perempuan parah dan tiga lagi cedera selepas tercampak keluar dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 189.1 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan pagi tadi.

Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, ketika kejadian, MPV terbabit dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Jasin.

Kemalangan disyaki berpunca apabila MPV berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi tengah lebuh raya dan terhenti di lorong kecemasan.

Pelanggaran mengakibatkan seorang penumpang tercampak ke lorong kiri arah utara sebelum disahkan maut di lokasi oleh pasukan paramedik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast