Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia lebih kurang seminggu dijumpai di dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran Masjid Jamiul Huda, Kampung Api-Api, 45700 Bukit Rotan, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Azaharuddin Tajuddin berkata, bayi cukup sifat seberat 2.13 kilogram dengan tali pusat masih sempurna dijumpai orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.

“Pada 27 Jun 2025, lebih kurang 9.11 malam, bilik gerakan IPD Kuala Selangor menerima panggilan melalui MERS 999 dari Hospital Sungai Buloh memaklumkan penemuan seorang bayi lelaki dalam keadaan masih bernyawa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azaharuddin, bayi berkenaan kini berada di Hospital Tanjung Karang bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau pegawai penyiasat Insp Siti Mazliah Azizi 017 6649100. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast