Seorang remaja maut dan motosikal ditunggangnya tercampak dalam parit dalam kejadian di Jalan Sungai Tiram, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar pagar serta tembok sebuah rumah di Batu 14 Jalan Sungai Tiram di sini malam tadi.

Kemalangan tersebut mengorbankan Abdul Muiz Hasuran yang berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 12.40 tengah malam melibatkan mangsa yang sendirian menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Ulu Tiram hendak pulang ke rumahnya di Sungai Tiram. Setibanya di Batu 14 semasa melalui selekoh, mangsa telah kawalan lalu terbabas.

“Ini mengakibatkannya melanggar pagar dan tembok rumah yang berada di bahu kiri jalan sebelum terjatuh di hadapan pagar rumah manakala motosikalnya tercampak dalam parit,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, siasatan dijalankan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Sohaimi meminta saksi kejadian supaya menghubungi pihak polis menerusi talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast