Junior Ngong Sam. Foto FB TFC.

KUALA LUMPUR – Penyerang Cameroon, Junior Ngong Sam menjadi pemain import pertama yang ditandatangani Terengganu FC (TFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang bermula bulan depan.

Dia berusia yang berusia 27 tahun tiba di Terengganu semalam selepas selesai menjalani ujian perubatan dan kecergasan di Kuala Lumpur.

TFC berkata, pemain yang mesra dengan panggilan Sam itu sebelum ini pernah hadir ke Terengganu menentang kelab itu dalam saingan Piala AFC sebagai penyerang pasukan Stallion Laguna dari Filipina.

“Dalam saingan tersebut, Sam berjaya menjaringkan dua jaringan dalam dua perlawanan menentang pasukan ini.

“Sam menyatakan beliau sangat teruja melihatkan kelengkapan serta fasiliti kelab Terengganu FC semasa pertama kali beliau hadir dalam aksi Piala AFC di sini.

“Dia juga merasakan layanan kelab di sini berbeza berbanding kelab yang pernah disertainya.

“Apabila mendapat tawaran daripada Terengganu FC, Sam tidak berfikir panjang dan terus menyatakan persetujuan dan merasakan kelab ini mampu memperkembangkan kariernya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan, di sini, hari ini,

Sam menandantangani kontrak untuk bersama TFC bagi tempoh semusim dan bakal menyarung jersi bernombor 19 .

Pemain yang memiliki kelajuan dan kekuatan fizikal ini dapat menambah sengat serta ketajaman TFC bagi aksi musim 2025/2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast