Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga warga China ditahan kerana didakwa menggunakan wang palsu untuk membayar bilik hotel di sini.

Suspek berumur antara 18 hingga 47, ditahan susulan laporan polis yang dibuat 3 Julai selepas salah seorang daripada mereka menggunakan 87 wang palsu not RM100 untuk menyelesaikan bayaran berjumlah RM8,700.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, tiga wanita berkenaan dipercayai ejen sindiket wang palsu.

“Suspek direman enam hari sehingga 9 Julai di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis telah membuka keras siasatan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan kerana menggunakan matawang palsu.

Tambahnya, pihak polis telah merampas 87 wang palsu RM100; masing-masing sekeping wang palsu RM50 dan RM20; dua beg silang Louis Vuitton; sekeping kad akses ke unit 18-03; serta tiga buah iPhones.

Sulizmie turut menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati semasa mengendalikan wang tunai dan mengikuti garis panduan Bank Negara Malaysia bagi mengenal pasti matawang palsu.

Jelasnya, individu yang percaya mereka telah menerima wang palsu tidak seharusnya memberikan kepada individu lain, sebaliknya mereka perlu melaporkan perkara itu kepada polis atau Bank Negara Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast