KUALA LUMPUR – Dua penumpang cedera ringan selepas sebuah bas Smart Selangor terbabas dan terbalik dalam satu kemalangan di Jalan Tulip 3, Bukit Sentosa, Rawang, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 11.16 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan sebuah bas Smart Selangor telah terbabas sebelum terbalik.
“Kemalangan tersebut mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun dan anak perempuannya, sembilan tahun cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pemandu bas, 57, dan seorang lagi remaja lelaki 17 tahun tidak cedera.
Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan lanjut oleh pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – MalaysiaGazette.
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















