Kapal persiaran yang terbalik ditarik ke darat oleh pasukan penyelamat. foto Global Times

 

HANOI – Seramai 47 orang telah ditemui, termasuk 10 mangsa terselamat dan 37 disahkan maut selepas sebuah kapal persiaran terbalik di Teluk Ha Long, utara Vietnam, lapor Agensi Berita Vietnam pada Ahad.

Bangkai kapal itu telah ditarik ke darat pada awal pagi Ahad untuk siasatan lanjut.

Kapal itu tenggelam pada petang Sabtu ketika membawa 48 pelancong Vietnam dalam lawatan bersiar-siar.

Lima anak kapal turut berada di atas kapal, menurut media milik kerajaan.

Di bawah arahan Timbalan Perdana Menteri Vietnam Tran Hong Ha, pihak berkuasa di wilayah Quang Ninh mengerahkan empat kapal besar dan pasukan penyelamat teras untuk menyokong operasi menyelamat.

Pasukan penyelamat kini giat mencari orang yang hilang ketika Taufan Wipha menghampiri kawasan itu, lapor media tempatan VnExpress. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast