Oleh: Zin Mahmud
SERANGAN roket Israel ke atas Istana Presiden Syria di Damsyek minggu lalu mengejutkan presidennya, Ahmed Al-Sharaa kerana kerajaannya selama ini berusaha untuk tidak memusuhi rejim Zionis itu sejak menguasai negara itu pada 29 Januari 2025.
Tindakan Israel mengancam nyawanya tetapi sekali gus menunjukkan ia mahu menjatuhkan pemerintahan Al-Sharaa dan mendominasi Syria.
Al-Sharaa yang sudah berulangkali menyatakan beliau tidak mahu memusuhi Israel kerana tumpuan pentadbirannya adalah untuk membina semula Syria yang hancur akibat perang berpanjangan dan kelemahan rejim terdahulu pimpinan Bashar Assad dan bapanya Hafez Assad.
Walaupun Israel menakluk puncak Bukit Golan yang strategik dan seterusnya menceroboh Syria dengan memusnahkan aset-aset tentera peninggalan Assad, tetapi Al-Sharaa membiarkannya dengan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak mahu berperang dengan Israel.
Dengan serangan Israel itu, Al-Sharaa buat pertama kali menyatakan beliau dan kerajaannya akan mempertahankan keutuhan negaranya dengan menyifatkan semua kaum di Syria, termasuk kaum Druze adalah rakyat dan sebahagian daripada mereka.
Beliau menyeru supaya kaum Druze di Syria menetapkan Syria sebagai identiti mereka bersama kaum-kaum lain di negara itu. Ini kerana Druze yang tinggal di Israel, Lubnan dan Syria mempunyai identitinya sendiri.
Di luar, mereka boleh mengadaptasi diri sebagai warga negara Syria, Lubnan dan zisrael. Tetapi di dalam komuniti, mereka mempunyai seotanh ketua kerohanian yang mebetap di Syria.
Al-Sharaa kemudiannya mendakwa Israel menyemai pergaduhan antara golongan di negara itu supaya Syria terus kacau-bilau. Turkiye yang merupakan penyokong Al-Sharaa mengecam Israel kerana serangan itu. Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan berkata pihaknya akan membantu Syria dalam menghadapi Israel. Menurut laporan, beliau telah menghantar pesawat ke Damsyek untuk membawa Al-Sharaa ke tempat selamat. Selain itu, Arab Saudi dan Qatar turut membela Al-Sharaa dan kerajaan Syria.
Di sebelah Israel pula, seorang anggota kerajaannya menyatakan secara tidak beradab bahawa “sekali jadi ‘jihadis’ selamsnya menjadi jihadis.”: Beliau merujik Al-Sharaa sebagai jihadis dengan nada kasar. Jihadis dimaksudkan oleh Israel, Amerika dan Barat sebagai pengganas yang berjuang atas nama ekstrem Islam yang akan membunuh bukan saja orang yang berlainan agama tetapi juga berlainan mazhab dan aliran.
Tetapi istilah jihadis bagi orang Islam arus perdana membawa erti mujahid yang membawa makna luas. Jihad bermaksud usaha bersungguh pada jalan agama Islam, termasuk untuk pembersihan hati dan akhlak yang tidak berbentuk perang. Untuk perang. ia boleh datang dalam bentuk kerana mempertahankan agama, negara ataupun kampung halaman.
Tetapi perang ada akhlaknya iaitu tidak boleh membunuh orang awam, maksudnya orang yang tidak bersenjata dan bukan ancaman. Turut ditegaskan ialah tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua. Satu lagi etika perang ialah, tidak boleh berperang sesama agama dan mesti berdamai jika pihak lawan meminta damai. Etika umum ialah tidak boleh merosakkan harta benda, bangunan-bangunan teritamanya rumah badat walaupun milkk bukan Islam.
Dalam sejarah tentu ada pelanggaran terhadap etika berperang dalam Islam tetapi prinsipnya adalah begitu. Ia kelihatan ideal tetapi untuk membangun peradaban manusia, perang adalah sesuatu perkara yang perlu dielakkan dan jika ia dilakukan ia mempunyai etika tertentu. Namun begitu, ada saja kumpulan-kumpulan ekstrem yang membuat tafsiran sendiri terhadap agama.
Mereka ini bukan saja membunuh orang tetaoi membunuh diri sendiri ketika melakukan serangan. Mereka memusnahkan kota, bangunan dan tumbuh-tumbuhan dengan menyangka perbuatan meteka dibenarkan oleh ajaran agama.Inllah imej yang hendak Israel, Amerika dan Barat perkenalkan . Selama ini pun pertubuhan Hayat Tahrir Shams (HTS) pimpinan Al-Sharaa diletakkan dalam senarai teroris oleh Amerika dan Barat.
Tetapi baru-baru ini Al-Sharaa berusaha keras supaya dipadam daripada senarai itu. Selain membuat kenyataan untuk menunjukkan Kerajaan Syria yang baharu itu tidak melakukan keganasan, ia juga menegaskan kerajaan baru Syria mahu menjadi pentadbir bertanggungjawab serta melindungi semua golongan agama di negara itu. Amerika telah pun mengiktiraf kerajaan Al-Sharaa dan akan membatalkan sekatan ekonomi ke atas Syria yang mereka kenakan semasa rejim Assad.
Tetapi, untuk menjadi kerajaan nasional bertanggung jawab. ia perlu mewujudkan negara selamat bagi semua warga negaranya bukan hanya terhadap golongan agama majoriti. Perlu disebut Syria adalah negara berbilang kaum dan agama.
Golongan majoriti ialah orang Arab dengan di dalamnya terdapat pelbagai kaum minoriti lain seperti Kurdis. Dalam kalangan orang Arab pula, terdapat pelbagai penganut agama seperti Kristian dan Druze walaupun Islam adalah majoriti. Tetapi di kalangan Islam pula terdiri daripada Sunni dan Syiah. Di kalangan Syiah pula ada pelbagai minoriti seperti Alawiah.
Dalam kalangan Sunni pula ada Wahabi, Syafii dan pelbagai. Maknanya kalau HTI sebagai kumpulan terbesar dan menguasai Syria, adalah bertanggyngjawab mempertahankan semua warganya seperti yang dinyatakan Al-Sharaa walaupun semasa perang saudara, gambarannya adalah mereka bersikap ekstrem dan menetangi minoriti. Sesuatu yang dikatakan ada dilakukan oleh anggota-anggotanya hi gga membawa kepada penyenaraian HTS sebagai kumpulan teroris.
Di dunia luar termasuk di kalangan unat Islam, ada yang mengesyaki, HTS dan kumpulan-kumpulan bersenjata lain yang menentang rejim Assad dipercayai mendapat sokongan dan bantuan bukan saja Saudi, Qatar, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), tetapi mereka turut menerima dorongan dan tajaan bukan saja dari Amerika, negara-negara Barat lain tetapi juga Israel walaupun kumpulan-kumpulan iti disenaraikan sebagai pengganas.
Kumpulan-kumpulan bersenjata ini tidak pernah menyatakan akan memusuhi Israel. Sebaliknya mereka menyatakan bahawa mereka memusuhi Iran dan Hizbullah yang menentang Israel.
Maka tidak hairanlah apabila Al-Sharaa menguasai Syria, ia mengecam Iran tetapi tidak Israel sedangkan Israel dan Amerika turut berada di bumi Syria. Hanya apabila Al-Sharaa menguasai Syria, beliau meminta semua kuasa asing baik Iran, Amerika dan Israel keluar dari bumi Syria, tetapi mereka tidak keluar kerana Syria terlalu strategik untuk pertahanan mereka.
Konflik antara Al-Sharaa dan Israel timbul apabila Angkayan Demokratik Syria (SDF) yang tetdiri daripada kaum Badwi berperang dengan kumpulan Druze yang dikenali sebagai Al-Hijri. SDF yang memperjuangkan demokrasi itu disokong, dibantu dan didanai oieh Amerika dan merupakan sekutu HTS. Sementara kumpulan bersenkata Druze itu disokong, dibantu dan didanai oleh Israel.
Kaum Druze atau disebut sebagai Darazi adalah orang Arab. Mereka memanggil dirinya Muwahiddun iaitu kumpulan yang percaya pada Tauhid. Tetapi ia dianggap sebagai kaum tersendiri katana anutan agamanya dianggao sesat oleh orang Islam. Druze diwujudkan pada abad ke-11 semasa zaman pemerintahan Kekhalifahan Fatimiah. Ia merupakan pecahan padamazhab Syiah aliran Islamiah.
Pada zaman Usmaniah, mereka tinggal dengan aman di bukit-bukit strategik wilayah Palestkn dan Syam. Apabila Syam menjadi Syria dan Lubnan, mereka menjadi minoriti yang penting. Di Palestin, Israel menerima mereka sebagai warga negara. Orang Druze turut berkhidmat dalam tentera Israel sedangkan orang Arab yang menjadi warga Israel dilarang berbuat demikian.
Badwi pula adalah orang Arab bermazhab Sunni yang merupakan mazhab majoriti Syria. Pertempuran itu berlaku di wilayah Suwrida yang mendiami Syria Selatan dan tidak jauh dari Israel. Al-Sharaa mahu merrka berdamai dan gencatan denjata diadakan dengan penglihatan ketua agama Druze.
Israel masuk campur dengan menyerang bukan saja SDF tetapi juga bangunan-bangunan kerajaan di Damsyek. Mereka menyatakan majoriti Sunni mahu menghapuskan golongan Druze.
Israel pula mendakwa tindakannya atas permintaan komuniti Druze di Israel. Tetapi Al-Sharaa berkata orang Druze di Syria adalah warga Syria yang akan dipertahankan. Kuasa asing atau Israel tidak wajar campur tangan.
Malah Presiden Donald Trump marah pada Israel kerana menyerang Syria. Hakikatnya, Israel mahu terus mendominasi Syria dengan melakukan kacau-bilau supaya ia bukan menjadi ancaman padanya tetapi mahu mencorak semula Timur Tengah dengan matlamat jangka panjangnya untuk mewujudkan Israel Raya atau Greater Israel.
















