NEW YORK – Starbucks merekodkan pendapatan suku tahunan yang lebih rendah daripada jangkaan pada hari Selasa tetapi menegaskan angka itu tidak mencerminkan kemajuan dalam pelan pemulihan perniagaannya.
Hasil suku ketiganya susut 3.8 peratus kepada AS$9.46 billion.
Menurutnya, penurunan ini disebabkan kos operasi yang lebih tinggi, keuntungan menjunam 47 peratus kepada AS$558.3 juta – jauh di bawah AS$732 juta yang diunjurkan oleh pasaran.
“Walaupun keputusan kewangan kami untuk suku tersebut masih belum menggambarkan semua kemajuan, namun saya melihat isyarat bahawa kami berada pada landasan yang betul,” kata Brian Niccol yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Starbuck selama 10 bulan lalu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Starbucks, Cathy Smith berkata, syarikat itu sedang membuat kemajuan.
“Kami mamba kemajuan ketara dalam strategi ‘Kembali ke Starbucks’,” katanya dalam satu kenyataan.
Smith berkata, caj cukai telah mengurangkan AS$0.11 daripada pendapatan sesaham, menjadikannya AS$0.49.
Jualan kedai yang sama jatuh dua peratus di Amerika Utara.
Jenama ini stabil di seluruh dunia tetapi meningkat dua peratus di China disebabkan peningkatan dalam bilangan urus niaga kedai, walaupun kos pesanan pelanggan purata turun empat peratus.
“Kami jelas berada di peringkat awal pemulihan di Amerika Syarikat tetapi kami mendapat peningkatan momentum dalam perniagaan antarabangsa,” kata Niccol. – Agensi
















