Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 27 FEBRUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin dapat mencapai sasaran ketibaan pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dengan mempergiat usaha memperkasakan empat strategi utama.

Timbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, antara strategi digariskan termasuk memfokuskan kepada pasaran bersasar dari negara seperti China, India, Australia, Indonesia, Asia Tengah, Russia, Asia Barat, United Kingdom, Taiwan dan Jerman tanpa mengabaikan pasaran ASEAN.

“Selain itu, kita meningkatkan aliran trafik pelawat ke Malaysia melalui penambahan laluan penerbangan baharu yang menghubungkan bandar-bandar utama di Malaysia dengan destinasi antarabangsa.

“Sekali gus kita dapat meningkatkan kapasiti tempat duduk ke negara ini, melalui pemberian insentif Geran Sokongan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) ,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai langkah-langkah kementerian bagi memastikan sasaran TMM2026 dapat dicapai.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast