Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tangan dan kaki diikat manakala kepala dibalut dengan kain yang ditemui di tepi landasan keretapi di kawasan Sungai Serian, Kalumpang. Foto Media Sosial

KUALA LUMPUR  – Mayat lelaki dalam keadaan kaki dan tangan diikat serta kepala dibalut dengan kain ditemukan di tepi landasan Kereta Api Tanah Melayu (KTM), di kawasan Sungai Serian, Kalumpang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu sekitar jam 10.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati, mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan berulat dan mula mereput dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari empat hari.

“Semakan mendapati,mayat itu dipercayai dicampak dari jambatan Kampung Serian, yang berketinggian 11.15 meter dalam keadaan kaki dan tangan berikat, kepala si mati dibalut dengan kain yang diletakkan pita pelekat hitam dan putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mayat itu kemudian di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan esok sekitar jam 9 pagi dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampirn atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fadli Abdul Aziz ditalian 03-6064122,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast