KUALA LUMPUR – Suria FM memaklumkan bahawa Suraya Borhan mengakhiri tugasan sebagai penyampai radio di stesen itu hari ini.

Suria FM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi yang tidak ternilai selama ini yang ditunjukkan Suraya.

“Kami mendoakan yang terbaik buat Suraya dalam setiap langkah dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi selepas ini.

”Sepanjang sembilan tahun berkhidmat di Suria FM, Suraya sentiasa memperlihatkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi, menjadi inspirasi kepada rakan sekerja di Suria FM,” katanya.

Untuk info, Suraya, 43, mula berkhidmat sebagai penyampai radio Suria FM sejak 2016.

Sebelum itu dia berkerja sebagai penyampai di Hot FM pada 2009 sehingga 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast