Nik Hafiz Naim (dua dari kanan) turut melepaskan jawatan sebagai Presiden pasukan KRW FC berkuatkuasa serta-merta.

KUALA LUMPUR – Jenama cafe popular tempatan, Nasken Coffee membuat kejutan dengan mengambil alih Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Keputusan saat akhir itu dilihat dapat menyelamatkan pasukan tersebut daripada terkubur selepas bergelut dengan sekatan daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Melalui pengambilalihan itu, Nasken Coffee menamakan Wan Mohd Fajarulekram Wan Mokhtar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KRW FC.

Wan Mohd Fajarulekram berkata, pihaknya akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat oleh kepimpinan terdahulu semasa diterajui oleh Nik Hafiz Naim Nik Hassan.

“Bagaimanapun kita akan membuat sedikit penambahNamabaikan bagi memastikan KRW FC menjadi lebih kuat

“Pada masa sama, Nasken Coffee akan mengekalkan nama dan logo pasukan yang sedang digunakan ketika ini,” katanya di media sosial kelab itu.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Fajarulekram pengambilalihan itu dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kebajikan pemain serta mahu memastikan KRW kekal bersaing di Liga A1 Semi Pro.

Tindakan tersebut selepas beliau terkait dengan isu sekatan daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai salah seorang pemegang dalam sebuah pasukan sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast