MELAKA – Tular kejadian seorang lelaki warga tempatan berdiri bersama tong aiskrim selepas motosikalnya dipercayai disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Ladang, Krubong di sini petang tadi.
Berdasarkan gambar yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp, kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 4.30 petang menunjukkan seorang lelaki berdiri di tepi jalan bersama tong aiskrim.
“Nak cari makan pun susah, hidup pun sudah nak mati pun susah.
“Anak bini tunggu kat rumah suami tak balik lagi motosikal JPJ dah sita, apa perasaan,” kata keterangan bersama gambar yang tular.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku dalam satu sekatan jalan raya JPJ di hadapan sebuah kilang di Kampung Ladang Krubong di sini.
MalaysiaGazette sedang mendapatkan reaksi daripada JPJ Melaka mengenai dakwaan itu, namun masih menjalankan semakan setakat jam 7.20 malam.
Sebelum ini, tular video memaparkan seorang penunggang P-hailing berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran makanan kerana motosikalnya disita JPJ, di Nilai, Negeri Sembilan.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf bagaimanapun menjelaskan, tindakan menyita motosikal berkenaan dalam satu operasi disebabkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat dan tiada insurans.
Tindakan itu jelasnya, bertujuan menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans. – MalaysiaGazette

















dh melampau
tgk pendatang bersepah bawa kenderaan mcm jpj xbuat kerja je… org melayu juga yg kena selalu
kalau isu macam ni. nak jaga air muka pesalah pun tak boleh, nak jaga air muka jpj pun tak boleh. sebaiknya, JPJ hantar la pesalah2 ni ke pejabat jpj atau balai polis. moto disita. dua-dua tak malu, nama jpj pun tak busuk sebab tinggalkan pesalah tepi jalan, neziten tak dapat dosa kering viral dan api-apikan isu. pesalah kalau sempat, boleh bayar saman, renew roadtax dan insurance. tinggal tepi jalan macam mana nak settle cepat?
Salah sendiri yg buat..bila tindakan diambil pihak berkuasa pula yg salah..mungkin ada yg beranggapan tiada lesen memandu, tiada cukai jalanan insuran boleh di HALALKAN . Baik terus ikut undang undang rimba tiada semua keperluan..hidup bagai haiwan yg tidak perlu undang²
dah tau ada sekatan jpj jgn lah cuba masuk jika cukup. itu menyerah diri namanya. dah xda laluan tikus ke nak lalu. klu tiada berhenti dan rehat.
berbudi bicara lah dengan baik.. mungkin dia ada masalah peribadi yang belum kita tahu… ada sebab sebab tertentu lesen mati roatax mati.. lesen mati roatax mati ni tak jadi masalah besar pun.. yang jadi masalah besar apa bila jalan banyak berlubang sana sini itu boleh mengundang kemalangan..
nan adnan kaw xde dlm hidup dia bleh lah kaw sembang…kaw ade segalanya yg kaw perlukan skng….kaw kne igt allah tu akan uji setiap hambanya kaw punye nasib belom tentu happy selamanya….karma tu wujud…jgn sampai ape yg kaw ckp tu balik pd diri sendri….entah2 lg teruk dri haiwan kt hutan….semoga kaw ade akal yg sehat dan semoga org yg kaw hina tu akan maafkan kaw