Siti Zarina Mohd Yusop

 

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesahkan motosikal penjual aiskrim yang tular disita dalam sekatan jalan raya di Krubong, petang tadi ditunggang warga asing yang tidak mempunyai lesen.

Pengarahnya, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, warga asing berusia 30-an itu dikenakan Notis JPJ P22 kerana tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Dalam kes ini, warga asing terbabit melanggar Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan motosikal digunakan disita di bawah Seksyen 64(1) akta sama kerana melanggar peraturan.

“Tindakan tegas perlu diambil bagi menjaga keselamatan penunggang tersebut dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tangkapan layar dari gambar yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp menunjukkan seorang lelaki berdiri di tepi jalan bersama tong aiskrim.

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan MalaysiaGazette hari ini mengenai tular kejadian seorang lelaki dipercayai warga tempatan berdiri bersama tong aiskrim di tepi jalan.

Ia selepas motosikalnya didakwa disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Ladang, Krubong di sini petang tadi.

Berdasarkan gambar yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 4.30 petang dengan keterangan;

‘Nak cari makan pun susah, hidup pun sudah nak mati pun susah. “Anak bini tunggu kat rumah suami tak balik lagi motosikal JPJ dah sita apa perasaan’

Mengulas lanjut, Siti Zarina berkata JPJ Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi untuk mendapatkan kepastian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

Comments are closed.