Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 29 JULAI 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menggalakkan penggunaan pemasangan papan pemuka atau ‘dashcam’ secara sukarela di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementerian melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengawal selia dan mewajibkan pemasangan sistem pemantauan sejagat (GPS) ke atas kenderaan perdagangan selaras dengan pematuhan Kod Amalan Industri Keselamatan (ICOP).

“Keperluan ini turut diperincikan sebagai syarat mandatori dalam lesen pengendali yang dikeluarkan oleh APAD, di mana setiap pengendali diwajibkan untuk memastikan semua kenderaan perdagangan dilengkapi dengan sistem GPS yang berfungsi sepenuhnya dan mampu memantau serta merekod perjalanan secara berterusan.

“Pendekatan ini dilaksanakan bagi mempertingkat tahap keselamatan operasi dan membolehkan pemantauan yang lebih berkesan terhadap pematuhan aspek keselamatan oleh pengendali,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen sini.

Beliau menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk mewajibkan pemasangan ‘dashcam’ dan GPS serta diintegrasikan dengan pusat kawalan operasi untuk pengawasan masa nyata pada setiap kenderaan pengangkutan awam terutama bas dan lori bagi memudahkan siasatan jika berlaku kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast