KUANTAN – Siapa ‘YB Tin Kosong’ yang dimaksudkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tanah Rata, Ho Chi Yang yang dimuat naik dalam hantaran di laman media sosial beliau baru-baru ini, kata Ketua Pemuda UMNO Pekan, Fakhrul Akhmal Mohamed.
Fakhrul yang meminta penjelasan Chi Yang berkaitan itu turut meminta beliau menjelaskan siapa pula yang disindir sebagai ‘Si Penjenayah Besar’ pada pertemuan yang dicadangkannya pada Khamis ini.
”ADUN Tanah Rata, saya ada telefon dan whatsapp pejabat kamu untuk atur pertemuan kita pada hari Khamis 14hb Ogos 2025, selepas sidang DUN. Tempat dan waktu kamu tentukan di mana, Harap kamu tidak menghampakan saya.
“Kenapa kamu menyelar orang lain tin kosong, adakah kamu YB Tin Penuh?” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam hantarannya di laman media sosial, Chi yang menyatakan: “Sebelum ini YB Tin Kosong mengugut untuk mengajar cara memasang bendera, sekarang pula mengugut pendakwa raya secara terang-terangan untuk membuat pendakwaan dalam dua hari,”.

Hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Saleh.
Tidajk habis di situ, Chi yang mendakya YB Tin Kosing tidak tidak menghormati integriti badan penguatkuasaan, sistem kehakiman dan kedaulatan undang-undang.
“Kalau begitu hebat, pergilah desak Penjara Kajang bebaskan Si Penjenayah Besar tersebut,” katanya.
Kelmarin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim menyarankan DAP menganjurkan ‘Kursus Intensif Pasang Bendera Dengan Betul’ bagi memastikan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik tidak lagi berulang.
Ia susulan warganet mengecam insiden lelaki dipercayai pekerja sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang yang memasang dan mengibarkan bendera Malaysia secara terbalik selepas rakaman perbuatan itu tular di laman media sosial – MalaysiaGazette
















