Gambar fail

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman seorang ahli perniagaan kerana disyaki telah menggunakan suatu dokumen iaitu geran di Mukim Lenggeng Daerah Seremban yang mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah RM3.8 Juta.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 20 Ogos 2025 terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Saiful Sayoti selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Jenayah 2 Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan kira-kira jam 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki bersuhabat melakukan perbuatan tersebut bersama seorang lagi suspek utama dengan menggunakan dokumen mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast