Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bergambar pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia Tahun 2025 di Menara Parlimen. Foto AIZAT ZAINAL, 19 OGOS 2025.

KUALA LUMPUR – Satu sambutan sempena Hari Kemerdekaan ke-68 dianjurkan Parlimen Malaysia di Lobi Utama Dewan Rakyat di sini hari ini.

Program Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang itu adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ia dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Yang Dipertua Dewan Rakyat; Tan Sri Johari Abdul dan Yang Dipertua Dewan Negara; Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bergambar pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia Tahun 2025 di Menara Parlimen. Foto AIZAT ZAINAL, 19 OGOS 2025.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen.

Ahmad Zahid turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Johari sebagai simbolik sambutan mewakili Parlimen Malaysia.

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan lagu bertemakan kemerdekaan dan patriotik, yang dipersembahkan Orkestra Sekolah Seri Puteri, Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds), dan kibaran Jalur Gemilang oleh tetamu yang hadir. – MalaysiaGaazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast