Datuk Idham Nawawi - Kredit: CelcomDigi PASARAN • 20/08/2025 02:17 PM

KUALA LUMPUR – CelcomDigi Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Albern Murty sebagai pemangku CEO berkuat kuasa 1 Sept, 2025 susulan pengunduran Datuk Idham Nawawi atas alasan peribadi.

Dalam satu kenyataan, CelcomDigi berkata tempoh perkhidmatan Idham berakhir pada 31 Ogos selepas tiga tahun mengetuai pasukan pengurusan dalam tempoh awal integrasi susulan penggabungan Celcom dan Digi pada 30 Nov 2022.

Pengendali rangkaian mudah alih itu berkata Idham akan terus menyokong syarikat itu sebagai penasihat kepada lembaga pengarah sehingga 30 Nov, 2025, Albern dan barisan kepimpinan sepanjang tempoh peralihan ini.

Albern mempunyai lebih 22 tahun pengalaman dalam industri telekomunikasi, termasuk tujuh tahun sebagai CEO Digi.Com Bhd.

“Lembaga pengarah CelcomDigi akan memulakan proses pencarian rasmi bagi jawatan CEO baharu, dengan mempertimbangkan calon dalaman dan luaran bagi memastikan kepimpinan terbaik untuk membawa syarikat ke fasa seterusnya,” katanya.

Idham yang menyertai Celcom Axiata Bhd (kini dikenali sebagai Celcom Bhd) pada 1 Sept 2018, berperanan menerajui transformasi syarikat, memperkukuh prestasi serta memperkenalkan cara kerja baharu.

Beliau juga memainkan peranan penting dalam merancang dan memacu proses penggabungan Celcom dan Digi sehingga mendapat kelulusan pengawal selia serta penubuhan CelcomDigi.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast