PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya telah menahan reman ketua penolong pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta suapan dan menerima tajaan bagi membiayai perjalanan ke luar negara daripada beberapa syarikat serta individu.

Perintah reman selama empat hari sehingga 23 Ogos 2025 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkuan 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

Berdasarkan siasatan awal dijalankan, suspek dipercayai telah meminta dan menerima tajaan daripada beberapa syarikat dan individu untuk membiayai perjalanannya ke beberapa destinasi di luar negara sekitar Mac 2023 hingga Januari 2025 berhubung Projek Ladang Eskport Orkid Dubai (LEOD) yang dianggarkan bernilai RM125 juta.

Tajaan perjalanan yang diterima suspek pula melibatkan nilai lebih RM50,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast