Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi semalam, mengecam sekeras-kerasnya rancangan Israel mengambil alih Gaza secara ketenteraan.

Kementerian Luar Negeri berkata, perancangan tersebut menzahirkan agenda Israel untuk menjajah wilayah Palestin secara kekal.

Mohamad turut menzahirkan keprihatinan beliau terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, yang telah menyaksikan peningkatan kematian tinggi dan pengisytiharan kebuluran di wilayah tersebut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau juga menggesa negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar terus lantang bersuara dan bertindak tegas bagi mencapai keamanan dan keadilan untuk Palestin.

Mesyuarat ini telah menerima pakai satu resolusi bertajuk “The 21st Extraordinary Session of the Council of Foreign Ministers of the Member States of the Organisation of Islamic Cooperation to Consider the Continuing Israeli Aggression Against the Palestinian People”.

Di sela-sela mesyuarat, Menteri Luar Negeri telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Algeria, Iran, Kuwait, Mesir, Pakistan, dan Qatar untuk membincangkan pengukuhan kerjasama dua hala, serta perkembangan berhubung situasi di Palestin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast