[Gambar hiasan] Politeknik Ungku Omar (PUO). Foto ABDULLAH YUSOF, 12 DISEMBER 2024.
KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan kemasukan pelajar Sesi
Akademik I: 2025/2026 ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) Politeknik boleh disemak mulai esok, jam 12 tengah hari melalui pautan rasmi: https://ambilan.mypolycc.edu.my
Sebanyak 1,444 permohonan daripada pelbagai kategori kelayakan termasuk lulusan Diploma Politeknik, lulusan Diploma Kolej Komuniti, lulusan Diploma IPTA/IPTS, lulusan Program Matrikulasi, lulusan Asasi Universiti Awam, lulusan STPM dan lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, seramai 612 calon telah berjaya ditawarkan tempat ke program Ijazah Sarjana Muda Politeknik.
Agihan tawaran pelajar dibuat merangkumi empat Politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak;  Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor; Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.
Calon yang berjaya perlu melaksanakan proses pengesahan setuju terima tawaran mulai 29 Ogos 2025 jam 12 tengah hari hingga 7 September 2025 jam 5 petang di pautan yang sama.
Surat tawaran rasmi hanya boleh dicetak selepas calon membuat pengesahan.
Manakala, bagi calon yang tidak berjaya mendapat tawaran pula boleh mengemukakan rayuan dan akan dipertimbangkan semula dalam sesi rayuan dan penempatan berikutnya.
Tiada permohonan baharu diperlukan kerana maklumat calon sedia ada akan diproses secara automatik.
Proses rayuan boleh dikemukakan mulai 29 Ogos 2025 jam 12.00 tengah hari hingga 7 September 2025 jam 5 petang.
Semakan keputusan rayuan boleh disemak bermula 11 September 2025 jam 5 petang.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan boleh dimajukan secara terus ke alamat berikut:-
BAHAGIAN AMBILAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR,
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI,
ARAS 6, GALERIA PjH, JALAN P4W,
PERSIARAN PERDANA,
62100 PUTRAJAYA,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
No. Tel : 03 – 8888 3837
No. Whatsapp : 03 – 8888 5625
Facebook : polycc.edu
Instagram : polycc.edu – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast