Antara baranga yang dirampad di pusat hiburan di Nusa Bestari dan Mutiara Rini, Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Keseronokan sekumpulan pengunjung warga Myanmar di pusat hiburan di Nusa Bestari dan Mutiara Rini di sini terbantu apabila diserbu polis kelmarin.

Serbuan di dua pusat hiburan warga asing itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada tengah malam Sabtu dan berakhir pukul 1.50 pagi kelmarin dan menahan 18 warga negara itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, merekta terdiri daripada 13 lelaki dan lima wanita berusia dalam lingkungan 25 hingga 41 tahun.

“Mereka dipercayai merupakan pekerja dan pelanggan di kedua-dua pusat hiburan berkenaan, ditahan kerana berada di negara ini tanpa apa-apa pas atau permit yang sah.

“Hasil semakan kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing mereka didapati negatif,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, polis turut merampas tiga unit televisyen pelbagai jenama, tujuh pembesar suara, dua unit WIFI, telefon bimbit petujuh unit pelbagai jenama, tujuh peralatan set bola snooker, tiga buku resit perniagaan, satu unit sub woofer, dua mixing amplifier, enam mikrofon dan wang tunai berjumlah RM3207.00.

Siasatan dilakukan bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor iaitu beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1953/68 iaitu tinggal atau berada di Malaysia tanpa apa-apa pas atau permit yang sah.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh juga dikenakan sebatan tidak lebih enam kali.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas atau permit dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM1,000, penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya,” ujarnya.

Kumarasan memberitahu, semua suspek kini direman selama 14 hari mulai kelmarin hingga 13 September ini bagi tujuan siasatan.

“Polis akan terus membanteras aktiviti hiburan yang tidak mematuhi undang-undang dan memberikan amaran agar pihak-pihak terlibat menghentikan kegiatan mereka.

Sebarang maklumat tambahnya, boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau pusat kawalan daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast