Lima individu termasuk tekong ditahan Maritim Malaysia Zon Lahad Datu. Foto Maritim Malaysia.

KUALA LUMPUR – Lima individu ditahan termasuk sebuah bot pukat jerut bilis yang beroperasi berhampiran daratan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu di peraiatan Kunak, Sabah semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, penahanan dibuat pukul 11.55 pagi di kedudukan 0.14 batu nautika timur Pulau Timbun Mata menerusi Op Pluto Timur 2/2013 dan Op Tiris 3.0.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan seorang tekong warga tempatan berusia 18 tahun dan empat kru warga Filipina berumur 17 hingga 25 tahun serta menemui hasil tangkapan laut seberat lapan kilogram.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan pada jarak kurang daripada 1.0 batu nautika dari daratan terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebuah bot pukat jerut bilis ditahan Maritim Malaysia Zon Lahad Datu. Foto Maritim

Selain itu, bot terbabit dikesan melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah apabila gagal memaklumkan pertukaran tekong seperti yang diwajibkan dalam lesen bot.

Dzulfikhar menambah, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pengusaha bot nelayan yang ingkar syarat lesen, khususnya mereka yang beroperasi di zon larangan.

“Peraturan jarak ini ditetapkan bagi melindungi ekosistem marin serta memastikan sumber perikanan negara kekal mampan. Berikutan itu, bot, kru dan hasil tangkapan telah dibawa ke Jeti Maritim Lahad Datu untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Sehubungan itu, Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang laut dan segera menyalurkan maklumat berhubung g sebarang aktiviti mencurigakan melalui aplikasi WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan 999. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast