Sindiket pengedaran dadah di sekitar negeri Kelantan tumpas selepas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya merampas syabu dengan anggaran berat 204 Kilogram bernilai RM6.55 juta menerusi serbuan di sebuah premis di Pasir Mas pada 25 Ogos lalu.















