MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP, Damian Yeo Shen Li menyifatkan pendekatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam merangkul pembangkang sebagai langkah bijaksana yang berjaya membentuk kerajaan negeri kukuh dan inklusif.
Menurutnya, sikap menghormati peranan pembangkang sebagai mekanisme semak dan imbang mencerminkan kematangan politik pentadbiran negeri, selain membolehkan semua pihak bekerjasama demi kepentingan Melaka.
Beliau berpandangan, pendekatan tersebut turut mewujudkan kestabilan yang membolehkan dasar kerajaan dilaksanakan dengan lebih lancar, khususnya dalam usaha memulihkan ekonomi, menangani kos sara hidup dan meningkatkan taraf hidup rakyat selepas pandemik COVID-19.
Damian turut menyifatkan kepimpinan Ab Rauf sebagai berorientasikan kepentingan negeri dan rakyat, sekali gus menjadi hala tuju tepat ketika politik semasa semakin toksik serta dibayangi sentimen kaum dan agama. – MG















