BAGAN DATUK – Parti MIC akan diminta memberi penjelasan kepada Barisan Nasional (BN) susulan tindakan Timbalan Ketua Pemudanya K. Kesavan hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, semalam.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu.
“Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar Kerajaan MADANI,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap MIC ekoran kejadian itu. – BERNAMA

















Bila MIC nak keluar BN. Takkan nak tumpang BN dan jadi macam biawak hidup. Keluarlah cepat hanya bawa masalah sahaja. kepada BN
MIC dah tak releven lagi dengan BN. Buat menyemak saja. Tak ada sumbangan pada pilihanraya. Hanya harap undi Melayu saja. orang
India pun geli dengam MIC.