Tomei Lancar Empat Koleksi Bridal 2025 ‘Her Vintage Vow’.

KUALA LUMPUR – Jenama barang kemas terkemuka negara, Tomei kembali mencuri perhatian apabila melancarkan kempen perkahwinan terbaharu bertemakan Her Vintage Vow sebagai penghormatan terhadap kekuatan lembut, warisan budaya serta perjalanan setiap wanita menuju hari bahagia.

Menurut Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia, mengangkat falsafah janji cinta bukan sahaja diungkapkan dengan kata-kata malah boleh dizahirkan melalui perhiasan, kempen kali ini memberi ruang kepada setiap pengantin untuk mengekspresikan diri secara autentik.

“Bagi Tomei, perhiasan bukan sekadar pelengkap tradisi sebaliknya satu deklarasi personaliti yang unik dan penuh makna di mana Her Vintage Vow adalah lambang keberanian wanita untuk meraikan identiti mereka sendiri.

“Her Vintage Vow juga bukan sekadar koleksi perhiasan tetapi simbol janji cinta dan keperibadian.

“Kami mahu setiap pengantin merasakan bahawa diri mereka diraikan dengan cara paling tulen melalui gaya yang benar-benar mencerminkan siapa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelakon popular, Anna Jobling menjadi tumpuan utama di Tomei Wedding Fair.

Kempen Bridal 2025 itu memperkenalkan empat koleksi utama yang menjadi nadi kepada Her Vintage Vow iaitu Diamond, Yellow Diamond, Pearl dan Diamond Cut.

Yi Jia menambah, daripada koleksi tersebut, Diamond Collection terus mencatatkan permintaan paling tinggi kerana rekaannya kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengantin moden.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada kempen itu, Tomei sedang menganjurkan Tomei Wedding Fair di IOI City Mall, Putrajaya sehingga 16 September 2025.

Tidak sekadar itu, pengunjung juga disajikan dengan pengalaman unik menerusi Sanrio Pop-up Experience yang membolehkan mereka menikmati pelbagai tawaran istimewa dan hadiah eksklusif.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk Sanrio Blind Box edisi baharu, 999 Hello Kitty Sports Medal Gold Wafer dan pelbagai barangan menarik lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast