Syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diminta menyenaraikan bidang-bidang kemahiran yang diperlukan mengikut guna tenaga atau pekerja.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, ia bagi membolehkan keperluan guna tenaga itu disesuaikan dengan kursus-kursus serta kurikulum yang akan dilaksanakan oleh Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).














