Antara 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Andalas sedang melakukan kerja-kerja pemadaman selepas hutan seluas tiga hektar dekat Bandar Puteri, Klang terbakar, petang tadi

KLANG – Hutan berkeluasan kira-kira tiga hektar dekat Jalan Lebuh Gelang 1, Bandar Puteri, di sini, dijilat api petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, ketika kejadian, api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman giat dilakukan.

“JBPM menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kebakaran hutan berdekatan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) kira-kira jam 5.30 petang tadi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, Klang Selatan dan Klang Utara digerakkan ke lokasi kira-kira lima minit kemudian,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis juga berkata, sebanyak tiga jentera digunakan dalam kerja-kerja pemadaman itu dan tidak melibatkan kemalangan jiwa setakat ini.

“Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran ini,” katanya.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada perkembangan terbaru mengenai kerja-kerja pemadaman api yang membabitkan kawasan semak dan hutan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast