Dua beranak termasuk seorang nenek ditahan dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Sungai Tengi, Gedangsa, Kuala Kubu Bahru, Isnin lalu.
Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 35 dan 71 tahun diberkas di rumah mereka di Sungai Tengi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.















