Dr. Dominic Lau Hoe Chai

Kuala Lumpur – Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyindir bantuan one-off RM100 yang diberikan kerajaan Malaysia dengan membandingkannya kepada bantuan lebih besar yang diberi oleh kerajaan Singapura.

Menurut Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) itu, tidak semua negara ASEAN tidak mampu beri bantuan seperti Malaysia.

Beliau berkata, pada Disember tahun lalu, kerajaan Singapura telah memberikan bantuan tunai antara SGD200 (RM657) hingga SGD600 (RM1,971) kepada 2.9 juta rakyat dewasa.

Selain itu, Singapura juga memberikan bonus CPF hingga SGD2,000 (RM6,571) dan bonus simpanan persaraan hingga SGD1,500 (RM4,928) kepada rakyatnya yang lahir pada tahun 1973 atau lebih awal, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dominic berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya berbangga dengan bantuan RM100 itu kerana ia bukan daripada poket sendiri tetapi hasil pinjaman kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada bantuan RM2 bilion itu juga dibiayai dengan hutang.

“Kalau bukan pinjaman, kita ucap terima kasih. Tapi kalau hutang, rakyat beri pujian, tapi beban ditinggalkan kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan walaupun bantuan kali ini bukan hasil pinjaman, hutang negara sebanyak RM1.3 trilion tetap perlu ditanggung oleh rakyat masa depan.

Katanya lagi, kerajaan Singapura membantu rakyat dengan pelbagai bantuan lain seperti baucar belanja, rebat bil air dan elektrik serta Bantuan Khas Kos Sara Hidup.

Bantuan mereka juga disesuaikan mengikut pendapatan, umur, status keluarga dan nilai rumah.

Dominic mengkritik Kerajaan Madani kerana lebih banyak memperluaskan cukai dan memotong subsidi, berbanding memberi bantuan bersasar seperti Singapura.

“Tolong rakyat bukan sekadar beri RM100. Bantuan seharusnya kurangkan kos sara hidup, bantu perubatan dan tambah simpanan persaraan rakyat,” tambahnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. mungkin dia ingin berpindah menjadi warga. Singapura ..sebab bantuan untuk 2.2 juta orang lebih besar dari rm 100 untuk 22 juta orang…gagal matematik kot.

Comments are closed.