Pengerusi Mesyuarat Tahunan ke-8 Rangkaian Bandar Pintar ASEAN (ASCN8), Mohd Hazli Ahmad Adnan bergambar selepas Mesyuarat Tahunan ke-8 ASEAN Smart Cities Network (ASCN8) di Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 SEPTEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Tahunan ke-8 ASEAN Smart Cities Network (ASCN8) di sini melabuhkan tirai dengan catatan kejayaan tersendiri semestinya menjadi rekod yang boleh dibanggakan oleh Malaysia sebagai negara penganjur.

ASCN8 berjaya menghimpunkan lebih 14 negara, 70 delegasi rasmi termasuk Ketua Pegawai Bandar Pintar, serta menarik kehadiran lebih 600 pengunjung sepanjang dua hari forum dan pameran bermula 9 September lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kemampanan Dan Perancangan Strategik ) KPKT Merangkap Pengerusi (ASCN8), Mohd Hazli Ahmad Adnan melawat reruai pada Smart City Expert Talk, bersempena Mesyuarat Tahunan Ke-8 ASEAN Smart City Network (ASCN8) di Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2025.

Edisi kali ini disifatkan antara yang paling signifikan sejak penubuhan rangkaian bandar pintar ASEAN pada 2018 dengan pencapaian utama iaitu pelancaran ASEAN Smart City Action Plan (ASCAP) 2026–2035.

Dokumen strategik ini menjadi hala tuju dekad baharu bagi pembangunan bandar pintar serantau, dengan visi mewujudkan bandar yang lebih inklusif, hijau, inovatif dan berpusatkan rakyat.

ASCAP yang dirangka oleh kepakaran dalaman Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama input negara anggota ASEAN, tanpa penglibatan perunding luar, memberi penekanan kepada digitalisasi, ekonomi pintar, inovasi tempatan serta kelestarian alam sekitar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dalam ucapan perasmian berkata penganjuran kali ini menjadi bukti kesungguhan Malaysia memacu agenda bandar pintar di rantau ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap pada ASEAN Smart City Network Annual Meeting 8 (ASCN8) di Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 9 SEPTEMBER 2025.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap pada ASEAN Smart City Network Annual Meeting 8 (ASCN8) di Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 9 SEPTEMBER 2025.

“Malaysia bukan sahaja melancarkan pelan menyeluruh untuk tempoh sepuluh tahun akan datang, tetapi turut menyediakan platform agar bandar-bandar ASEAN dapat berkongsi pengalaman dan inovasi demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Selain mesyuarat utama, penganjuran kali ini turut menampilkan Smart City Connect Exhibition dan Smart City Expert Talk, yang menyediakan ruang kerjasama antara sektor awam, swasta dan komuniti akademik.

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, Datuk Alias Rameli pada Smart City Expert Talk, bersempena Mesyuarat Tahunan Ke-8 ASEAN Smart City Network (ASCN8) di Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2025.

Pameran itu menonjolkan inisiatif tempatan termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur sebagai model bandar pintar Malaysia.

Delegasi antarabangsa juga berpeluang melawat Putrajaya Command Centre dan Putrajaya Wetlands, yang mempamerkan integrasi teknologi pintar dengan elemen kelestarian, sekali gus mengangkat Putrajaya sebagai contoh amalan terbaik pembangunan mampan.

Delegasi antarabangsa berpeluang melawat Putrajaya Wetlands. Gambar ehsan KPKT
Delegasi antarabangsa berpeluang melawat Putrajaya Wetlands. Gambar ehsan KPKT

Perbincangan ASCN8 memberi fokus kepada tiga agenda utama: memperkukuh kerjasama serantau, menyelaras hala tuju ASCAP 2026–2035, dan membentuk komuniti pembelajaran bersama melalui rangkaian bandar pintar ASEAN.

Kini, lebih 90 bandar berdaftar dalam rangkaian ini, termasuk penyertaan baharu Ipoh dan Seberang Perai.

Di sebalik rekod kejayaan masih wujud cabaran ang perlu diatasi antaranya jurang pembangunan, kesalinghubungan digital yang tidak seimbang, serta isu pembiayaan ASCAP bagi memastikan setiap bandar dapat menyesuaikan pelaksanaannya mengikut konteks dan kapasiti tempatan.

Pengerusi Mesyuarat Tahunan ke-8 Rangkaian Bandar Pintar ASEAN (ASCN8), Mohd Hazli Ahmad Adnan pada Mesyuarat Tahunan ke-8 ASEAN Smart Cities Network (ASCN8) di Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 9 SEPTEMBER 2025.

Delegasi negara anggota turut berkongsi amalan terbaik dalam bidang mobiliti pintar, penggunaan data raya, teknologi hijau dan model kerjasama awam-swasta.

Ini sekaligus membuktikan bahawa bandar pintar bukan lagi konsep masa depan, tetapi realiti yang semakin berkembang di rantau ini.

ASCN8 di Kuala Lumpur menutup edisinya dengan keyakinan baharu bahawa Malaysia kini bersedia untuk terus memainkan peranan aktif dalam membentuk bandar-bandar ASEAN lebih inovatif, hijau dan inklusif, sejajar dengan aspirasi menjadikan rantau ini sebagai peneraju pembangunan bandar pintar menjelang 2040. -MalaysiaGazette

VIDEO:

ASCN8 Kukuh Kepimpinan Serantau Dalam Pembangunan Bandar Pintar Mampan Dan Inklusif

ASCN8 Kukuh Kepimpinan Serantau Dalam Pembangunan Bandar Pintar Mampan Dan Inklusif

ASCN8: Malaysia naik lapan tangga dalam indeks Bandar Pintar Dunia

ASCN8: Malaysia pacu aspirasi bandar pintar menjelang 2040

Malaysia tuan rumah pertama World Smart City Expo selepas Barcelona

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast