Amirudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree bergambar bersama pemenang ketika majlis Hadiah Sastera Selangor di Hotel Wydham Acmar, Klang malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai sembilan penulis karya kreatif tanah air diumum pemenang utama pada Majlis Hadiah Sastera Selangor 2025 di Klang malam tadi.

Dinilai dari 2022 hingga 2024, pemenang utama kategori cerpen, puisi dan esei membawa pulang wang tunai RM6,000 manakala 27 penulis setiap kategori memenangi RM1,500 sebagai penghargaan.

Ia menjadikan hadiah keseluruhan sejumlah RM94,500.

Majlis yang sama dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan tokoh sastera, Tan Sri Johan Jaafar.

Dalam ucapannya, Amirudin mahu penulis sentiasa mengekalkan kredibiliti dan integriti dalam penulisan dengan memastikan setiap karya mempunyai kualiti serta nilai yang mampu membekas kepada masyarakat.

Beliau menegaskan, tanggungjawab seorang penulis bukan sekadar menghasilkan karya sebaliknya mencurahkan pemikiran dan jiwa dalam setiap penulisan.

“Justeru, saya minta kebertanggungjawaban untuk menjamin apa yang dikatakan kehidupan dan kemanusiaan serta perjalanan kita terus adil, rasional dan mampu membawa keamanan kepada negara.

“Selain memberi kesedapan dalam pembacaan, akal kita juga sedang dicabar kefahaman atau ditentang oleh kepalsuan, kemunafikan, hipokrasi dan pelbagai perkara berlaku sekeliling kita.

“Jika kita gagal untuk respon dengan betul dan tepat kemungkinan kita akan menjadi mangsa,” katanya.

Berikut senarai judul dan penulis yang menang dalam setiap kategori:

Cerpen

Pemenang utama:

2022 – Matinya Sepasang Anjing Jadian (Zainal Rashid Ahmad, Dewan Sastera)

2023 – Enuresis (Nurimas SN, SelangorKini)

2024 – Tivi Rafah (Lokman Hakim, SelangorKini)

Sajak

Pemenang utama:

2022 – Klise Encik Ben (Nasser Mikraj, SelangorKini)

2023 – Parabellum (Ariff Mustaffa Hamzah, SelangorKini)

2024 – Malam dan Matahari (Ariff Mustaffa Hamzah, SelangorKini)

Esei

Pemenang utama:

2022 – Mencari Makna Umpanan Kemaafan Lewat Karya Sastera (Qurratul Ain, SelangorKini)

2023 – Melayu Desa Melayu Kota (Johan Radzi, SelangorKini)

2024 – Semuanya Telah Diungkapkan (Qurratul Ain, SelangorKini) – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast