Logo ATM.

 

 

KUALA LUMPUR – Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, , ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di Pulau Mataking ketika menjalani Operasi Pasir Sektor Semporna Siri 3/2025 semalam.

Manakala Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27 tahun, di dilaporkan hilang.

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 berkata, kedua-dua mereka adalah anggota tentera dari Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), terdahulu dilaporkan hilang.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pasukan sahabat.

Kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, sebarang perkembangan berkenaan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast