Mohd Khoirul (kanan) dan Pengarah Eksekutif Gissco, Umaira Mohammad Rashid ketika Pelancaran Rasmi Logo Baharu & Ulang Tahun ke-50 Gissco.

KUALA LUMPUR – Syarikat pembekal tenaga kerja Bumiputera pertama berlesen PETRONAS, Gissco Sdn Bhd melancarkan logo korporat baharu sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya baru-baru ini.

Logo baharu itu melambangkan kesinambungan dan kejayaan serta legasi selama separuh abad.

Pengarah Urusan Gissco, Mohd Khoirul Kamal Rashid berkata, ia turut mencerminkan komitmen syarikat terhadap inovasi, transformasi digital dan hala tuju masa depan yang lebih progresif.

“Identiti baharu ini juga akan menjadi manifestasi penghargaan kepada seluruh warga kerja yang bersama menyokong pertumbuhan organisasi,” katanya dalam kenyataan sempena Majlis Makan Malam Gala sempena Ulang Tahun ke-50 Gissco di sini baru-baru ini.

Majlis sambutan jubli emas itu turut memberi penghargaan khas kepada 11 kakitangan setia yang berkhidmat lebih 10 tahun dengan syarikat selain menyingkap kembali perjalanan GISSCO sepanjang lima dekad dalam industri.

Syarikat yang diasaskan oleh Allahyarham Mohammad Rashid yang juga anak jati Miri, Sarawak itu bermula dengan perkhidmatan katering sebelum berkembang ke bidang pembekalan tenaga kerja dan perkhidmatan khusus.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast