KUALA LUMPUR – Pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif dinobatkan Pelajar Terbaik Tahun ini di Universiti Manchester bagi program Sarjana Kejuruteraan (MEng) dalam Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam Sekitar.
Laman Facebook Pejabat MARA London & Ireland memaklumkan, Iman yang menamatkan pengajian dengan Kepujian Kelas Pertama turut aktif dalam pelbagai aktiviti di kampus.

FB Pejabat MARA London & Ireland
Beliau yang merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan bekas penuntut Kolej Mara Banting itu turut dinobatkan sebagai Juara Debat Intelektual Manchester (Kategori Bahasa Inggeris 2024).
“Kejayaan ini adalah hasil daripada dedikasi, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Iman menjadi simbol harapan dan inspirasi kepada generasi muda bahawa dengan usaha gigih dan sokongan yang tepat, tiada impian yang mustahil untuk dicapai.
“Syabas dan tahniah kepada Iman Mohamad Afif. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi contoh teladan kepada pelajar lain,” katanya. -MalaysiaGazette















