Seramai 86 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menawarkan perkhidamatan tidak bermoral berselindung disebalik pusat urutan dan refleksologi ditahan dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di tujuh lokasi di sekitar Lembah Klang, hari ini.
Antara kawasan tumpuan dalam operasi yang dijalankan secara serentak bermula pukuk 5 petang itu iaitu Kuala Lumpur, Seri Kembangan dan Kajang.















