1. Diangkat dengan penuh harapan
Wan Saiful bukan orang sembarangan. Beliau masuk ke dalam BERSATU dengan “cap mohor” daripada Tan Sri Muhyiddin sendiri, diberi amanah besar sebagai Ketua Penerangan Parti. Kononnya untuk menjadi wajah intelektual yang menjernihkan air keruh, tetapi rupa-rupanya beliau sendiri yang mula mengeruhkan air jernih.
2. Dari intelektual ke politik lumpur
Dengan reputasi sebagai seorang yang “educated”, rakyat menyangka Wan Saiful akan membawa naratif segar, canggih, dan membina. Tetapi semakin lama, beliau mula terjerumus ke dalam gutter politics — bahasa kasar, serangan peribadi, dan strategi menyalakan api perpecahan. BERSATU tidak lagi diangkat sebagai parti perjuangan, sebaliknya diperlekeh sebagai gelanggang gaduh sesama sendiri.
3. Serangan demi menyelamatkan diri
Ketika berdepan kes mahkamah, Wan Saiful melihat dirinya dalam situasi genting. Daripada mengangkat maruah parti, beliau memilih untuk menggunakan parti sebagai benteng peribadi. Serangan terhadap pimpinan bukan lagi soal prinsip, tetapi soal survival – jika aku tenggelam, biar semua turut sama tenggelam. Inilah definisi baru “kepimpinan terdesak”.
4. Membakar jambatan dalam rumah sendiri
Beliau tidak segan silu menyerang mereka yang dahulu memberi ruang dan peluang kepadanya. Jasa kepimpinan yang mengangkat beliau seolah dilupakan. Malah lebih teruk, beliau kini menjadi sumber bahan ketawa pihak lawan, kerana kerja-kerja yang gagal dilakukan musuh luar, berjaya dilakukan oleh Wan Saiful dari dalam.
5. Parti dijadikan bahan jenaka rakyat
Hari ini, hasil serangan demi serangan beliau terhadap kepimpinan, BERSATU bukan sahaja dilihat bercelaru, malah menjadi bahan ejekan rakyat. Wan Saiful telah “berjaya” menjadikan parti ini sebuah parti yang dikasihi oleh lawan tetapi dikeji oleh rakyat sendiri. Sinisnya, itulah hadiah paling besar yang beliau tinggalkan.
Maka wajarlah kita mengucapkan: Terima kasih Wan Saiful. Anda telah membuktikan bahawa seorang intelektual bila hanyut dalam politik jijik, bukan sahaja kehilangan maruah, malah turut menyeret parti ke dalam lumpur. Daripada penyelamat, kini anda menjadi simbol bagaimana seorang “batu api berijazah” boleh meruntuhkan rumah yang pernah menaunginya.
— Ahli Biasa Bersatu
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata dan tidak mencerminkan pendirian portal ini. – MG
















