Ilham Fansuri bersama Zainal Rashid Ahmad. Foto FB ZRA Strim

KUALA LUMPUR – Salah seorang peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF), Ilham Fansuri Zainal Rashid ‘tumbang’ pada hari ke-28 pelayaran dan terpaksa dirawat di sebuah kapal lain yang memiliki kemudahan perubatan.

Perkara itu dikongsikan bapanya, Zainal Rashid Ahmad yang turut menyertai misi tersebut dalam satu live dia media sosial bersama seorang pempengaruh, Ahmad Faezal.

Beliau yang juga bekas wartawan dan aktivis memaklumkan, keadaan Ilham agak teruk selepas mengalami muntah-muntah dan tidak bertenaga sejak beberapa hari lalu.

Katanya, Ilham yang membantu beliau untuk membuat penstriman live sepanjang pelayaran berkenaan kerap tidur kerana kehilangan tenaga.

“Dia sudah tidak boleh buka mata, apabila salah suluh dengan lampu suluh, anak matanya sudah tidak kembang (undilated pupils), Dr Hakim dari Turkiye yang berada di kapal Alma memaklumkan, keadaan Ilham teruk.

“Saya tinggalkan dia bersama pakar-pakar perubatan di sana untuk merawatnya, saya beritahu mereka, tolong jaga anak saya,” katanya yang kedengaran sedih tetapi masih tenang.

Menurut Zainal Rashid, Ilham pada asalnya mengalami muntah-muntah semasa kapal mereka mengalami kerosakan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/09/30/semua-kapal-gsf-dijangka-masuk-zon-merah-7-malam-esok/

Ia ditambah pula dengan tempoh pelayaran yang semakin panjang berbanding jangkaan awal iaitu 16 hari.

“Masa gas habis (kapal yang dinaiki mereka mengalami kerosakan yang menyebabkan gas memasak habis), dia terpaksa makan buah oren sahaja kerana tidak boleh memasak.

“Bot yang kami naiki juga kecil dan terumbang ambing. Apabila dipindahkan ke bot lain, bot ini adalah bot paling kecil. Itulah yang saya nampak, kalau dibiarkan risau keadaannya semakin teruk,” katanya lagi.

Zainal Rashid dan Ilham menyertai kumpulan GSF yang berlepas dari Itali. Difahamkan ketika ini, kapal yang dinaiki beliau turut mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda menggunakan kapal lain bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast