Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery bercakap pada media berkenaan perkembangan terkini misi Global Sumud Flotilla (GSF) di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 01 OKTOBER 2025.

SEPANG – Seramai 23 sukarelawan dalam Misi Global Sumud Flotila (GSF) yang akan meneruskan pelayaran memasuki Zon Merah 3 menuju ke pesisiran pantai Gaza malam ini.

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Comand Centre (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, perubahan ini berlaku susulan penstukturan semula operasi pada 28 Spetember lalu selepas empat kapal Flotilla mengalami kerosakkan teruk.

Beliau juga memaklumkan, seramai tujuh rakyat Malaysia dan seorang warga Brunei tidak dapat meneruskan misi tersebut selepas penstukturan itu.

“Daripada jumlah itu, dua delegasi Malaysia iaitu Hidayat Abdullah dan Nik Aziz Nik Mohammad akan dihantar ke Amman, Jordan untuk memantu kumpulan perundangan sekretariat membuat persediaan.

“Manakala enam delegasi termasuk seorang warga Brunei akan diterbangkan dari Greece dan pulang ke tanah air malam esok bagi menyambung tugas di sini,” katanya dalam sidang media harian SNCC, di sini

Antara enam individu terlibat adalah Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan Rezahmaisalamah Md Yusof (Brunei).

“Mereka ini adalah kumpulan terlatih di atas kapal dan sudah melaksanakan pelayaran selama 28 hari, jadi pastinya kepakaran mereka diperlukan untuk melihat corak insiden yang akan berlaku kerana kita di sini memantau 24 jam,” ujarnya.

Petugas media memantau keadaan dan perkembangan terkini peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) di MAPIM Malaysia Central Warehouse, Sepang. Foto AIZAT ZAINAL, 01 OKTOBER 2025.

Menurut beliau, baki empat delegasi Malaysia kini ditempatkan di kapal pemerhati iaitu kapal Shireen (Itali) dan Summertime – Jong (Tunisia).

Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua pihak tidak terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau cubaan halus oleh pihak rejim zionis untuk melemahkan barisan solidariti antarabangsa ini.

Zon merah adalah kawasan berisiko tinggi yang terletak berhampiran perairan Gaza, iaitu kawasan yang dikawal ketat oleh rejim Zionis.

Zon tersebut juga dianggap sebagai garisan tidak rasmi yang mana misi kemanusiaan seperti GSF sering berdepan cabaran besar dalam usaha menembusi sekatan laut Israel untuk menghantar bantuan terus ke Gaza.

Terdahulu, seramai 34 rakyat Malaysia menyertai Misi GSF bagi membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan untuk memecahkan kepunngan Israel. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast