Heliza Helmi dan suami.

SEPANG – Suami kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman reda dengan perjalanan isterinya yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Menerusi perkongsian di Instagram, Heliza sempat meninggalkan komen terakhir buat suaminya menerusi hantaran terkini Mahadi yang meminta doa agar perjalanan isteri tercintanya itu selamat pergi dan selamat pulang.

Komen itu dibalas oleh Heliza sebelum dia disahkan dipintas dan ditahan oleh rejin tentera Israel awal pagi tadi.

“34 jiwa dari Malaysia berlayar membawa misi kemanusiaan ke Gaza, salah satunya zaujahku Heliza Helmi.

“Teruskan berdoa lebih daripada biasa, semoga semuanya selamat sampai dan pulang,” tulis Mahadi.

Hantaran tersebut dibalas oleh Heliza dengan menzahirkan rasa terima kasih kerana mengizinkannya untuk berlayar menyertai misi kemanusiaan.

“Terima kasih beri keizinan dan reda. Aku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah,” tulis Heliza buat suaminya.

“Aku meredhaimu kerana Allah, jumpa nanti, Insya-Allah,” balas Mahadi.

Pada sidang media harian di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) hari ini di sini, seramai 12 rakyat Malaysia antara 201 daripada 497 orang peserta flotila ditahan di atas kapal oleh tentera rejim Israel setakat ini sejak berlakunya serangan awal pagi tadi.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby memberitahu, Heliza dan adikna, Nur Hazwani Afiqah Helmi antara yang telah dipintas dan ditahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast