Facebook Sumud Nusantara Official.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan spekulasi tidak sahih mengenai misi Global Sumud Flotilla (GSF) kerana ia boleh membawa padah kepada para delegasi dan keluarga mereka.

Menerusi hantaran Facebooknya, Sumud Nusantara Official berkata, sebarang spekulasi tanpa asas bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah boleh memberi kesan besar kepada misi kemanusiaan tersebut.

“Jangan sebarkan maklumat palsu yang belum disahihkan, elakkan berkongsi mesej tanpa sumber yang jelas dan pastikan hanya maklumat tepat dikongsi bersama,” tulisnya di sini hari ini.

Hantaran itu berkata, dalam keadaan genting #GlobalSumudFlotilla, sebaran maklumat tidak sahih boleh mengundang panik, kekeliruan, dan membahayakan keselamatan delegasi serta keluarga mereka.

“Setiap perkongsian anda memberi kesan besar kepada misi kemanusiaan ini. Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast