Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air di Kampung Alor Setol, Langgar, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 13 tahun dikatakan pergi memancing bersama empat rakannya di kawasan berkenaan.

“Pusat Kawalan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar menerima panggilan orang awam pada jam 10.04 pagi memaklumkan seorang remaja lelaki tidak sedarkan diri di tepi tali air di kampung itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah di Pokok Sena dipercayai tergelincir ke dalam tali air ketika melalui kawasan berkenaan. Rakan-rakannya cuba menyelamatkannya, namun gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Siti Nor Salawati berkata pembantu perubatan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang hadir ke lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Beliau berkata siasatan tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast